Friday, September 30, 2011

Peristiwa Semalam

Semalam ! Memang cukup memenatkan. Sumpah wa cakap. Ok. Dimulakan time aku bangun pukul 2. Aku kena pergi ke sekolah member aku nak dapatkan pengesahan kelas A and confirm2 jawatan bertaraf pengetua lah yang layak bukan guru kan (hehe..jgn marah). Ptptn aku ini baru je diemelkan aku 27 hb sdgkan tarikh tutup 30 hb. Masalahnya aku dapat email tu 28 hb. Tapi aku sebab ada projek tender (assignment sebenarnya tapi saja je nak gempak kan) aku tak print out pun PT aku tu 28 hb then member aku sorang ingatkan aku,

"Jess, Pt u da print out?"

Aku dengan terkejut nasib baik tak tergolek terus print out PT aku sedangkan masa tu da malam then manalah pos ofis buka tgh malam kan.
Kemudian 29 hb...alamak esok nak Pt tu last day submit. Aku dahlah duduk di Batang tak nak Berjuntai pulak la kan ( tapi nama baru yang tak menimbulkan syak wasangka adalah Bestari Jaya harap maklum yee.)

Maka bermulalah kisah hari aku yang palingggg sibuk mengalahkan Mak Joyah! Aku bangun pukul 2.00 (konon a day before nak hantar pagi tapi sbb tidur lambat siapkan kontrak tender tu aku terbangun pukul 2) mandi sakan sampai kucing kesayangan aku pun aku buat tak kenal sebab rushing takut tak sempat nak pos. Then member aku nasib baik lah raccer tak bertauliah so kitaorg sampai lebih kurang pukul 3 15 kot. Dalam hati oh masih awal maka dengan itu, kitaorg pun berlenggang masuk ke perkarangan sekolah (bajet ktorg cun tapi hakikat Mak Joyah lagi gebu hahaha) then msuk pejabat am dan nasib baiklah pengetua sekolah tu tak cerewet. Dalam masa 15 minit je benda tu da disahkan. Hati aku pun melompat dengan gediknya. (takkan aku pula nak lompatkan memang dikutuk oleh budak2 sekolah lah) So keluar cari pos laju di area yang berdekatan.
Ha ! Jumpa Pos Laju. Tengok jam. Oh baru 345. Sempat lagi ni. Dengan penuh perasaan tak berdebar, pergi ke kaunter tanya Pos Laju.

"Ada. Adik nak berapa? Adik nak pos ke mana ni ?

Dalam hati alamak banyak tanya pulak."Satu je. Emm..nak pos ke Damansara je. Esok bole sampai tak? Penting ni bang.."aku cuba memaniskan muka yang tak berapa manis ni."

"Oh..sekarang nak pukul 3.46. Sistem tutup automatik pukul 4. Baik adik cepat."

Apaaa !!!!! Dengam sampul takde, apa barang pun takda aku panik. Alamak ! Tulah akibat buat kerja last minit. Aku berlari ke kedai selang sebuah nak beli sampul surat and settlekan semua. Then aku balik semula pos opis. Thank God. Ada 4 minit lagi nak pukul 4. Sekarang siapa cakap masa itu perlu dibuang begutu sahaja. Bernilaiiiiiiiiiinya masa itu bagi aku. Nasib baik sempat.

Kemudian kitaorg pun balik semula ke rumah. Sampai di rumah aku dapat kejutan lagi. Tender tak siap. Alamak. due date esok (hari ini).....(to be continued sebab aku da mengantuk)

Thursday, September 8, 2011

hey aku kembali

lorrr...aku kembali lagi menghiasi kaca siaran laptop anda dengan kehadiran blog aku. Hahahha..mengapa aku perasaan sangat ni huh? Well, enough la dengan keperasanan aku itu. Aku kembali sebab aku tertarik bila baca blog orang lain. Mengapa mereka boleh aku tak boleh pulak la kan. Mereka dapat hadiah aku pulak boleh tak dapat la kan. Unfair ! Hahahaha padahal aku sendiri yang kemalasan.