Wednesday, January 14, 2009

c.ronaldo got the title!


Ketepikan Messi jadi pemain kedua Portugal miliki anugerah selepas Figo

ZURICH: Bintang bola sepak Manchester United dan Portugal, Cristiano Ronaldo dinobatkan selaku Pemain Terbaik Dunia-Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2008, awal pagi semalam.

Ronaldo yang juga memperoleh Ballon d'Or selaku Pemain Terbaik Eropah 2008 - satu lagi gelaran berprestij dunia bola sepak - menidakkan impian pemenang gelaran 2007, Kaka (Brazil), Lionel Messi (Argentina), Fernando Torres (Sepanyol) dan Xavi (Sepanyol).


"Ia menjadi detik paling menggembirakan dalam kerjaya dan saya ingin hadiahkan kemenangan ini buat keluarga, rakan dan teman sepasukan," kata Ronaldo.

"Menjulang piala Liga Juara-Juara Eropah menjadi detik paling manis yang tidak boleh dilupakan pada 2008," katanya yang menjaringkan gol pada saingan akhir itu tetapi sepakan penaltinya tersasar sewaktu menentang Chelsea.

Sementara itu, pemain tengah Brazil, Marta diumumkan selaku pemain bola sepak terbaik wanita buat kali ketiga berturut-turut.